Para peminat Facebook mestilah lebih berhati-hati untuk meluluskan permintaan sahabat baru menjadi teman anda di Facebook. Saya baru membaca satu post dari sebuah blog oleh Roger Thompson pengkaji bagi Syarikat Antivirus dan Sekuriti Internet AVG Technology. Beliau memperlihatkan beberapa imej bagaimana pegodam menemui cara mencipta halaman facebook untuk memperdaya pengguna dalam usaha menyebarkan spyware. Roger Thompson menjelaskan bahawa pengguna AVG's LinkScanner telah mula mengesan serangan spyware yang datangnya dari halaman Facebook. Apabila AVG memeriksa halaman berkenaan, ia mendapati bahawa profile Facebook menonjolkan beberapa gambar wanita yang sama tetapi memiliki nama yang berlainan untuk membezakan profile berkenaan. Setiap halaman mempunyai pautan kepada sesuatu yang disangka sebagai 'video' yang akan menjangkitkan komputer pengguna dengan spyware jika diklik.
Serangan spyware kepada Facebook seiiring dengan peringatan FBI yang menjelaskan bertambahnya penjenayah siber yang memanfaatkan laman social networking untuk melancarkan serangan seperti menggunakan Facebook. Antara teknik yang popular digunakan oleh pengodam ialah menyamun akaun pengguna dan mengirim spam kepada mangsa yang kemudiannya mengarahkan mangsa pergi ke laman phishing dan menggunakan program malware dan antivirus untuk mengakses maklumat peribadi mangsa yang terdapat diprofil.
Sila layari laman berikut untuk melihat muslihat pengodam.