AutoRun CD boleh kita ibaratkan pisau, pisau boleh digunakan untuk memotong daging atau membunuh. Maksudnya disini AutoRun CD kadang-kadang ada menfaat juga ada bahaya. Pengodam boleh menjangkitkan komputer dengan trojan menggunakan CD dengan hanya memprogram autorun.inf untuk menghidupkan trojan apabila CD berkenaan berada di dalam status autoplay (arahan memainkan CD secara automatik). Disamping masalah sekuriti, autorun boleh menyebabkan gangguan kepada komputer. Pernahkah anda menghadapi masalah dimana apabila anda memuatkan CD yang telah lama atau CD yang agak rosak sedikit, kandungan CD dibaca dan autorun diproses mengambil masa yang terlalu lama sehingga komputer anda freez (tersekat) dan tambah menyusahkan lagi, anda tidak boleh berbuat apa-apa melainkan setelah anda secara manual mengeluarkan CD berkenaan.
Ada satu trick untuk mencegah berlakunya autorun apabila CD dimasukkan ke dalam komputer. Tekan butang SHIFT beberapa ketika apabila anda memuatkan CD kedalam komputer. Dengan cara yang sedemikian anda boleh mencegah CD dimainkan secara automatik apabila dimasukkan ke dalam pemacu CD.