Where The Mind Goes, Energy Follows

Sunday, October 11, 2009

Apakah dia UBuntu?

Ok, :) Kali ini saya mencuba untuk mengongsi apa yang saya faham dengan sistem operasi UBuntu. Apakah sebenarnya UBuntu? Kalau dalam bahasa Brunei perkataan 'Buntu ' bermakna 'busuk' misalnya dalam ayat "eh buntu sudah daging ah, maksudnya daging itu sudah busuk (berbau tidak sedap). Dalam Kamus Dewan, buntu itu ialah mati misalnya jalan buntu, fikiran buntu dan adalagi satu iaitu usus buntu (usus yang tersekat hujungnya). Dalam konteks sistem pengendalian (operating system)UBuntu, ia bermaksud satu komuniti atau kumpulan orang-orang yang membangun satu sistem pengoperasian yang lengkap untuk keperluan laptop, desktop dan server tidak kira sama ada anda akan menggunakanya di rumah, sekolah atau di tempat kerja, UBuntu memiliki apa saja keperluan yang anda perlukan dari aplikasi pemproses perkataan, email , server pelayan hinggalah keperluan untuk alat pengaturcaraan. Anda tidak perlu membayar sebarang kos untuk memakai UBuntu dan tidak perlu membayar sebarang lesen (licensing fee), anda boleh memuat turun, berkongsi UBuntu dengan rakan-rakan, keluarga, di sekolah dan tempat perniagaan dengan percuma. Pembina UBuntu mempastikan bahawa mereka akan sentiasa mengemaskinikan UBuntu setiap enam bulan sekali, ini bermaksud anda akan sentiasa memiliki secara percuma sistem operasi UBuntu yang terkini. UBuntu dibena dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan, di dalam laman web ini, komuniti UBuntu menegaskan bahawa sekurang-kurangnya pengguna UBuntu akan memperolehi pengemaskinian sekuriti setiap 18 bulan sekali untuk sistem pengoperasian desktop dan pelayan web. Segala keperluan untuk memasang sistem operasi UBuntu lengkap disediakan dalam sebuah CD yang dapat memenuhi keperluan persekitaran kerja manakala perisian tambahan boleh didapati di dalam talian. Proses installasi UBuntu berasaskan antara muka bergrafik membolehkan anda menginstal UBuntu dengan mudah dan cepat. Standart installasi hanya mengambil masa kurang dari 25 minit. Apabila semuanya sudah dipasang sistem pengoperasian UBuntu tersedia untuk digunakan. Untuk maklumat lanjut mengenai pemasangan dan lain-lain hal yang berkaitan dengan UBuntu anda boleh melayari blog ini Informasi disediakan dalam bahasa melayu. Wassalam.