Where The Mind Goes, Energy Follows

Friday, October 30, 2009

Doa Nabi Allah Yunus

Thursday, October 29, 2009

My 1st Vector



Setelah mempelajari beberapa teknik melukis menggunakan AI dari Mr.Seninet, Ini adalah hasil lukisan 'Vector' pertama menggunakan AI yang saya lukis pagi tadi. Diminta komen dari Mr.Seninet.

Tuesday, October 20, 2009

Khat Digital

Ya Allah sesungguhnya Engkau Amat Pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah aku

Monday, October 19, 2009

Anjuran Berdoa

Balek kerja aku rehat sekejap sambil membaca buku "Senjata Rahsia Orang Mukmin" karangan Ustaz AB. Latif Muda. Aku baca bab bertajuk Tuntuan Berdoa Dan Kelebihannya. Di bahagian ini diselitkan petikan ayat suci Al-Quran yang bermaksud: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaku nescaya aku perkenankan doa permohonan mu". Aku pun on komputer dan buatkan kaligrafi digital ayat tersebut. Alhamdulillah aku dapat selesaikan dalam masa kira-kira 1 jam lebih.

Sunday, October 18, 2009

Khat Nastalik

Saturday, October 17, 2009

Iqra

Ahlan Wa Sahlan

"Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum". Adunan kreativity antara Illustrator dan Photoshop

Anak Kita Masa Depan Kita

Friday, October 16, 2009

I think before I ink

My hand always need to be illustrating something. The Pen tool in illustrator is fun to fidget with and Eureka!

Thursday, October 15, 2009

Salingan

Karikatur...Kadangk-kadang bila waktu boring jejari illustratorku bergerak-gerak menghasilkan karikatur. Ini adalah hasil kerjaku dengan Adobe Illustrator.

Wednesday, October 14, 2009

Pengodam Komputer Sudah Tahu Rahsia Facebook

Para peminat Facebook mestilah lebih berhati-hati untuk meluluskan permintaan sahabat baru menjadi teman anda di Facebook. Saya baru membaca satu post dari sebuah blog oleh Roger Thompson pengkaji bagi Syarikat Antivirus dan Sekuriti Internet AVG Technology. Beliau memperlihatkan beberapa imej bagaimana pegodam menemui cara mencipta halaman facebook untuk memperdaya pengguna dalam usaha menyebarkan spyware. Roger Thompson menjelaskan bahawa pengguna AVG's LinkScanner telah mula mengesan serangan spyware yang datangnya dari halaman Facebook. Apabila AVG memeriksa halaman berkenaan, ia mendapati bahawa profile Facebook menonjolkan beberapa gambar wanita yang sama tetapi memiliki nama yang berlainan untuk membezakan profile berkenaan. Setiap halaman mempunyai pautan kepada sesuatu yang disangka sebagai 'video' yang akan menjangkitkan komputer pengguna dengan spyware jika diklik. Serangan spyware kepada Facebook seiiring dengan peringatan FBI yang menjelaskan bertambahnya penjenayah siber yang memanfaatkan laman social networking untuk melancarkan serangan seperti menggunakan Facebook. Antara teknik yang popular digunakan oleh pengodam ialah menyamun akaun pengguna dan mengirim spam kepada mangsa yang kemudiannya mengarahkan mangsa pergi ke laman phishing dan menggunakan program malware dan antivirus untuk mengakses maklumat peribadi mangsa yang terdapat diprofil. Sila layari laman berikut untuk melihat muslihat pengodam.

Hilangkan Keupayaan AutoRun CD

AutoRun CD boleh kita ibaratkan pisau, pisau boleh digunakan untuk memotong daging atau membunuh. Maksudnya disini AutoRun CD kadang-kadang ada menfaat juga ada bahaya. Pengodam boleh menjangkitkan komputer dengan trojan menggunakan CD dengan hanya memprogram autorun.inf untuk menghidupkan trojan apabila CD berkenaan berada di dalam status autoplay (arahan memainkan CD secara automatik). Disamping masalah sekuriti, autorun boleh menyebabkan gangguan kepada komputer. Pernahkah anda menghadapi masalah dimana apabila anda memuatkan CD yang telah lama atau CD yang agak rosak sedikit, kandungan CD dibaca dan autorun diproses mengambil masa yang terlalu lama sehingga komputer anda freez (tersekat) dan tambah menyusahkan lagi, anda tidak boleh berbuat apa-apa melainkan setelah anda secara manual mengeluarkan CD berkenaan. Ada satu trick untuk mencegah berlakunya autorun apabila CD dimasukkan ke dalam komputer. Tekan butang SHIFT beberapa ketika apabila anda memuatkan CD kedalam komputer. Dengan cara yang sedemikian anda boleh mencegah CD dimainkan secara automatik apabila dimasukkan ke dalam pemacu CD.

Sunday, October 11, 2009

Apakah dia UBuntu?

Ok, :) Kali ini saya mencuba untuk mengongsi apa yang saya faham dengan sistem operasi UBuntu. Apakah sebenarnya UBuntu? Kalau dalam bahasa Brunei perkataan 'Buntu ' bermakna 'busuk' misalnya dalam ayat "eh buntu sudah daging ah, maksudnya daging itu sudah busuk (berbau tidak sedap). Dalam Kamus Dewan, buntu itu ialah mati misalnya jalan buntu, fikiran buntu dan adalagi satu iaitu usus buntu (usus yang tersekat hujungnya). Dalam konteks sistem pengendalian (operating system)UBuntu, ia bermaksud satu komuniti atau kumpulan orang-orang yang membangun satu sistem pengoperasian yang lengkap untuk keperluan laptop, desktop dan server tidak kira sama ada anda akan menggunakanya di rumah, sekolah atau di tempat kerja, UBuntu memiliki apa saja keperluan yang anda perlukan dari aplikasi pemproses perkataan, email , server pelayan hinggalah keperluan untuk alat pengaturcaraan. Anda tidak perlu membayar sebarang kos untuk memakai UBuntu dan tidak perlu membayar sebarang lesen (licensing fee), anda boleh memuat turun, berkongsi UBuntu dengan rakan-rakan, keluarga, di sekolah dan tempat perniagaan dengan percuma. Pembina UBuntu mempastikan bahawa mereka akan sentiasa mengemaskinikan UBuntu setiap enam bulan sekali, ini bermaksud anda akan sentiasa memiliki secara percuma sistem operasi UBuntu yang terkini. UBuntu dibena dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan, di dalam laman web ini, komuniti UBuntu menegaskan bahawa sekurang-kurangnya pengguna UBuntu akan memperolehi pengemaskinian sekuriti setiap 18 bulan sekali untuk sistem pengoperasian desktop dan pelayan web. Segala keperluan untuk memasang sistem operasi UBuntu lengkap disediakan dalam sebuah CD yang dapat memenuhi keperluan persekitaran kerja manakala perisian tambahan boleh didapati di dalam talian. Proses installasi UBuntu berasaskan antara muka bergrafik membolehkan anda menginstal UBuntu dengan mudah dan cepat. Standart installasi hanya mengambil masa kurang dari 25 minit. Apabila semuanya sudah dipasang sistem pengoperasian UBuntu tersedia untuk digunakan. Untuk maklumat lanjut mengenai pemasangan dan lain-lain hal yang berkaitan dengan UBuntu anda boleh melayari blog ini Informasi disediakan dalam bahasa melayu. Wassalam.

BerICT & Berilmu

Jika kita memiliki Ilmu, adalah lebih baik ilmu itu kita amalkan atau ajarkan kepada orang supaya panjang amalan kita, tentulah ilmu yang dimaksudkan itu ialah ilmu yang bermanfaat. Yah ..knowledge is good if it is shared...kalau kita berilmu kita tak share..akhirnya ia akan berkubur dengan kita, tak adalah orang yang merwarisinya..tinggallah ilmu yang dulunya 10 menjadi 9 atau 8 kerana ilmu yang ke-10 tidak boleh diajarkan takut-takut nanti murid lawan taukeh. Sedikit masa lagi di blog ini saya akan mengongsikan informasi tentang perkomputeran yang mudah dipelajari yang berupa tip dan petua berkomputer, misalnya kalau kita tidak mampu membeli antivirus komersial apa langkah yang patut kita buat untuk untuk mendapat antivirus secara percuma. Bukanlah niat kita mengajar anda mencuri atau menghack..itu dah menyalahi peraturan hidup beragama. Kalau anda tersalah delete program atau data dikomputer bagaimana untuk mendapatkannya semula? tentu menarik..Inilah yang kita maksudkan berICT dan berilmu. Ini bukan iklan e-book, bukan COBAAAAAN..ini yang benaraaan.. Insya Allah kita akan terangkan nanti bagaimana caranya.

Huruf & Zukhruf

Huruf Wau Thuluth dan Zukhruf