Where The Mind Goes, Energy Follows
Monday, September 7, 2009
Sampul Surat Sumbangan Ikhas
Biasanya apabila kita menghadiri majlis perkahwinan kita akan menghulur sedekah wang ringgit yang diisi ke dalam sampul surat sebagai sumbangan ikhlas kita kepada keluarga pengantin. Di sini saya ingin berkongsi dengan biskita dua kalimah iaitu 'Selamat Pengantin Baru' dan kalimah 'Dengan Ingatan Tulus Ikhlas' yang saya reka dengan menggunakan khat (tulisan)'Thuluths'. Biskita cuma perlu mencetak perkataan tersebut disampul surat dengan printer 'desktop' dirumah atau biskita boleh mencetak perkataan berkenaan di atas sekeping kertas A4 dan membawanya ke percetakan komersial untuk dicetak.
Perhatian: Sebelum biskita memuat turun kalimah berkenaan, PC biskita perlulah terlebih dahulu diinstal dengan program' Winrar' kerana kedua perkataan tersebut telah saya dimampatkan (compress) dengan menggunakan program 'Winrar'. Klik disini untuk memuat turun kalimah berkenaan.
Kedua-dua kalimah disediakan menggunakan format TIFF, biskita boleh membukanya dengan menggunakan program Adobe Photoshop. Semoga ada manfaatnya untuk biskita.